Selasa, 20 Januari 2015

MESYUARAT JAWATAN KUASA PSS

Mesyurat ini dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, Tn Hj Abdul Razak Bin Ahmad dan dihadiri oleh semua guru BRASS. GPM, Pn Sapura Bt Mat Zali telah membentangkan program 2014, pencapaian NILAM 2014, sasaran NILAM 2015, perancangan aktiviti 2015, IQ-PSS, peraturan dan masalah di PSS.
Diharap semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dan PSS berjaya mengekalkan pencapaian 5 bintang pada tahun ini. Kerjasama semua warga BRASS dan sokongan pentadbir amat diperlukan untuk merealisasikan impian ini.
 






Selasa, 13 Januari 2015

TAKLIMAT PSS (MINGGU SILATURAHIM TINGKATAN 1)

 Bertujuan memberi maklumat berkaitan PSS kepada murid-murid tingkatan 1 yang baru melangkah masuk ke BRASS. Antara info yang disampaikan ialah berkenaan kemudahan di PSS, peraturan  dan Bacaan NILAM.






Isnin, 29 Disember 2014

GOTONG-ROYONG

Gotong-royong diadakan sebelum bermula penggal persekolahan 2015 untuk membersih dan menyusun perabot di PSS. Seramai 11 orang Pengawas PSS hadir untuk melakukan kerja-kerja seperti menyapu sawang, menyapu sampah, menyusun kerusi dan meja, memasang sarung kusyen dan mewujudkan sudut-sudut pameran. Ramai Pengawas PSS tidak dapat hadir kerana terlibat dengan banjir yang melanda kawasan rumah mereka.                                               
Terima kasih: Mohamad, Firdaus, Shaiful, Shahira, Nabil, Maisara, Aishah, Ainul, Amy, Hazwani dan Aqilah                                                   




 



Selasa, 2 Disember 2014

HIMPUNAN RENCANA ISU-ISU SEMASA


          Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 1 hingga 4 Disember 2014 di Hotel Renaissance, Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Setiap negeri menghantar 2 kumpulan yang mewakili Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal.
       Inovasi yang diperkenalkan oleh Kumpulan Biblioteca yang mewakili Pulau Pinang amat menarik dan ada kaitan dengan PSS sekolah. Mereka memperkenalkan satu  contoh bahan bantu mengajar menggunakan keratan akhbar. Inovasi ini dinamakan HRIS iaitu Himpunan Rencana Isu-Isu Semasa.
         Di perpustakaan BRASS juga ada disediakan keratan akhbar mengikut tema misalnya sukan, pelancongan dan kesihatan. Keratan akhbar ini dimasukkan dalam fail dan diletakkan di sudut Fail Tegak. Ini merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh PSS untuk menambah koleksi bbm yang boleh digunakan oleh guru dan murid BRASS.


 











Sudut Fail Tegak Perpustakaan BRASS


Isnin, 1 Disember 2014

PENGAWAS PSS 2014

Terima Kasih!
 Jasamu Dikenang
Budimu Tak Terbilang
Berganding Bahu Menggerakkan PSS 




ANUGERAH PERPUSPA



Alhamdulillah...
Kerjasama Warga BRASS
Kejayaan Hakmilik Semua