Selasa, 31 Mac 2015

MAJLIS TADARUS AL-QURAN ZON PERDANA

SMK Bukit Rangin telah menjadi tuan rumah untuk Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Perdana. PSS telah dipilih sebagai tempat pertandingan Hafazan Al-Quran.


Barisan Hakim

Peserta SMK Bukit Rangin (Naib Johan)

Pengerusi Zon Perdana, En Mohd Yunus B Mahil

Peserta SMA Al-Maarif (Johan)


RESENSI BUKU

Satu bentuk pertandingan. Peserta yang dipilih merupakan murid yang telah membaca sekurang-kurangya 100 buah buku. Diadakan pada pagi selasa setiap minggu mengikut giliran yang telah ditetapkan. Resensi Buku diadakan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab secara bergilir.



Isnin, 16 Mac 2015

GOTONG-ROYONG

Diadakan pada 16 Mac 2015 (Isnin), hari pertama Cuti Pertengahan Penggal 1. Gotong-royong pada kali ini menumpukan kepada kerja-kerja menghias dan melengkapkan papan kenyataan di dalam dan luar perpustakaan serta papan kenyataan di hadapan Koperasi Sekolah. Terima kasih kepada Pengawas PSS : Nabil Ikhwan, Nur Irdina, Noratikah Rahim, Aida, Azri, Hazila, Syazlin, Normaisara, Nurul Atikah, Alif Najmi dan Firdaus Hussin. Komitmen anda semua amat dihargai.






Rabu, 11 Mac 2015

MESYUARAT JAWATANKUASA NILAM

Dipengerusikan oleh Tn Hj Abdul Razak B Ahmad, Pengetua SMK Bukit Rangin. Taklimat disampaikan oleh GPM Pn Sapura Bt Mat Zali. Mesyuarat bermula 2.30 petang di Perpustakaan. Dihadiri oleh AJK NILAM. Agenda yang dibincangkan:
     1. Merekod Data NILAM
     2. Resensi Buku
     3. Bacaan NILAM Guru
     4. Tokoh NILAM





Selasa, 3 Mac 2015

MEMORI PENGAWAS PSS TINGKATAN 5 2014

SYABAS DAN TAHNIAH!
  Pengawas PSS yang hebat
Cemerlang dalam akademik
Semoga terus berjaya 
Menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat
Terima kasih atas khidmat selama ini