Isnin, 3 Februari 2014

PELANCARAN NILAM

     Majlis Pelancaran NILAM diadakan pada 3 Februari 2014 di Dewan Bitara BRASS dan dirasmikan oleh Tn Hj Zaimi B Abu Bakar, Pengetua BRASS. Majlis pelancaran ini dikendalikan oleh Pengawas Pusat Sumber Sekolah dalam Bahasa Inggeris.
     Matlamat Program NILAM adalah untuk melahirkan pelajar yang suka membaca dan juga untuk memastikan semua warga sekolah menghayati kepentingan ilmu dan berusaha menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya berterusan.
Aktiviti yang telah dirancang:
          1.Persembahan NILAM di kantin
          2.Pertandingan Sudut NILAM
          3.Pertandingan Pembaca Terbanyak (Individu)
          4.Pertandingan Pembaca Terbanyak (Kelas)
          5.Pertandingan Peminjam Buku Terbanyak (Murid)
          6.Pertandingan Peminjam Buku Terbanyak (Guru)
          7.Anugerah NILAM Tahap Jauhari


Pengacara Majlis (Muhammad Alif Zikri)




Pembaca Buku Terbanyak 2013(Normashita Bt Abd Halim)

Ucapan Perasmian (Tn Hj Zaimi B Abu Bakar)

Persembahan Pantun (Raziyah Bt Mohd Masom)

Persembahan Syair (Nur'ain Syafiqah Bt Nor Zaki)