Gotong-royong diadakan sebelum bermula penggal persekolahan 2015 untuk membersih dan menyusun perabot di PSS. Seramai 11 orang Pengawas PSS hadir untuk melakukan kerja-kerja seperti menyapu sawang, menyapu sampah, menyusun kerusi dan meja, memasang sarung kusyen dan mewujudkan sudut-sudut pameran. Ramai Pengawas PSS tidak dapat hadir kerana terlibat dengan banjir yang melanda kawasan rumah mereka.
Terima kasih: Mohamad, Firdaus, Shaiful, Shahira, Nabil, Maisara, Aishah, Ainul, Amy, Hazwani dan Aqilah