Selasa, 2 Disember 2014

HIMPUNAN RENCANA ISU-ISU SEMASA


          Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 1 hingga 4 Disember 2014 di Hotel Renaissance, Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Setiap negeri menghantar 2 kumpulan yang mewakili Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal.
       Inovasi yang diperkenalkan oleh Kumpulan Biblioteca yang mewakili Pulau Pinang amat menarik dan ada kaitan dengan PSS sekolah. Mereka memperkenalkan satu  contoh bahan bantu mengajar menggunakan keratan akhbar. Inovasi ini dinamakan HRIS iaitu Himpunan Rencana Isu-Isu Semasa.
         Di perpustakaan BRASS juga ada disediakan keratan akhbar mengikut tema misalnya sukan, pelancongan dan kesihatan. Keratan akhbar ini dimasukkan dalam fail dan diletakkan di sudut Fail Tegak. Ini merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh PSS untuk menambah koleksi bbm yang boleh digunakan oleh guru dan murid BRASS.


 











Sudut Fail Tegak Perpustakaan BRASS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan