Isnin, 16 Februari 2015

LAWATAN PENANDA ARAS SEMSAS,KUANTAN

Rombongan Pengetua SEMSAS, Tn Hj Abdul Rahim  bersama guru-guru SEMSAS telah singgah di  SMK Bukit Rangin. Ahli rombongan dibawa melawat ke PSS dan Bilik Kemahiran Hidup.Di PSS, sesi bergambar dan penyampaian cenderamata sempat dilakukan. Terima kasih kepada semua ahli rombongan kerana sudi singgah di tempat kami.


 

Khamis, 12 Februari 2015

KURSUS ASAS PERPUSTAKAAN , GPM PKG JALAN SG LEMBING

Kursus diadakan di SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad dan dikendalikan oleh        Pn Zahidah Bt Harun, GPM Cemerlang.






Isnin, 9 Februari 2015

PELANCARAN NILAM

Majlis Pelancaran NILAM telah dirasmikan oleh Tn Haji Jonaidi Bin Osman, Penolong Pengarah BTPN Pahang pada 9 Februari 2015. Ketibaan Tn Haji Jonaidi disambut oleh Tn Haji Abdul Razak Bin Ahmad, Pengetua BRASS dan Guru-Guru Penolong Kanan.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Pahang dan Lagu Sekolah. Diikuti oleh Ucapan Aluan Pengacara Majlis, Bacaan Doa, Ucapan Tuan Pengetua, Ucapan Perasmian, Gimik Pelancaran, Penyampaian Cenderamata dan Persembahan Murid.
Tuan Hj Jonaidi merakamkan ucapan tahniah kepada warga BRASS kerana telah mencatat penglibatan NILAM 96.10% pada tahun 2014 dan mendapat 5 bintang untuk Anugerah PERPUSPA.
Semoga hadiah basikal yang disediakan untuk tokoh NILAM 2015 akan menjadi pendorong kepada murid untuk membaca dan merekodkan bacaan.  Seterusnya, sasaran penglibatan 100% murid pada tahun ini akan tercapai.
Majlis Pelancaran NILAM dapat disempurnakan dengan jayanya hasil kerjasama semua warga BRASS. Terima kasih warga BRASS!

Ketibaan Perasmi, Tn Hj Jonaidi B Osman

Pengacara Majlis Tn Hj Mohd Puzi B Zahari

Pembaca Doa Aidil (3 Bestari)

Ucapan Tuan Pengetua, Tn Hj Abdul Razak B Ahmad

Ucapan Perasmian, Tn Hj Jonaidi B Osman

Anugerah Tokoh NILAM

 


Gimik Pelancaran

Cenderamata Perasmi

 

Persembahan Sajak, Alif Najmi (3 Bestari)

Persembahan Coral Speaking
Jamuan

Catatan Pelawat


 

Isnin, 2 Februari 2015

PAMERAN BERTEMA (TAHUN BARU CINA)

Tema pertama yang dipilih pada tahun ini, Tahun Baru Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 19 Februari 2015. Terima kasih kepada krew terlibat.