Isnin, 9 Februari 2015

PELANCARAN NILAM

Majlis Pelancaran NILAM telah dirasmikan oleh Tn Haji Jonaidi Bin Osman, Penolong Pengarah BTPN Pahang pada 9 Februari 2015. Ketibaan Tn Haji Jonaidi disambut oleh Tn Haji Abdul Razak Bin Ahmad, Pengetua BRASS dan Guru-Guru Penolong Kanan.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Pahang dan Lagu Sekolah. Diikuti oleh Ucapan Aluan Pengacara Majlis, Bacaan Doa, Ucapan Tuan Pengetua, Ucapan Perasmian, Gimik Pelancaran, Penyampaian Cenderamata dan Persembahan Murid.
Tuan Hj Jonaidi merakamkan ucapan tahniah kepada warga BRASS kerana telah mencatat penglibatan NILAM 96.10% pada tahun 2014 dan mendapat 5 bintang untuk Anugerah PERPUSPA.
Semoga hadiah basikal yang disediakan untuk tokoh NILAM 2015 akan menjadi pendorong kepada murid untuk membaca dan merekodkan bacaan.  Seterusnya, sasaran penglibatan 100% murid pada tahun ini akan tercapai.
Majlis Pelancaran NILAM dapat disempurnakan dengan jayanya hasil kerjasama semua warga BRASS. Terima kasih warga BRASS!

Ketibaan Perasmi, Tn Hj Jonaidi B Osman

Pengacara Majlis Tn Hj Mohd Puzi B Zahari

Pembaca Doa Aidil (3 Bestari)

Ucapan Tuan Pengetua, Tn Hj Abdul Razak B Ahmad

Ucapan Perasmian, Tn Hj Jonaidi B Osman

Anugerah Tokoh NILAM

 


Gimik Pelancaran

Cenderamata Perasmi

 

Persembahan Sajak, Alif Najmi (3 Bestari)

Persembahan Coral Speaking
Jamuan

Catatan Pelawat


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan