Khamis, 24 Oktober 2013

JAMUAN AKHIR TAHUN


    Jamuan Akhir Tahun diadakan pada 24 oktober 2013 di Hotel De Rhu dan dikendalikan sepenuhnya oleh AJK Pengawas PSS. Bertolak menaiki bas dari sekolah pada pukul 9.00 pagi. Murid diberi taklimat terlebih dahulu oleh Ketua Pengawas PSS, Muhammad B Affandi.
       Sebaik tiba di hotel, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk permainan. Dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan. Pelbagai jenis permainan dipertandingkan dan semua terlibat, bermain, bertanding dengan semangat kesukanan.
      Aktiviti diteruskan dengan jamuan makan tengah hari. Murid bersiap dan tampil dengan pakaian yang cantik, kemas dan bergaya. Semua makan dengan berselera sambil menyaksikan aktivi penyampaian hadiah. Majlis berakhir pada pukul 5.00 petang. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan semua pulang dengan selamat. Jamuan Akhir Tahun 2013 hanya tinggal kenangan. Pengalaman yang dikutip tidak ternilai harganya dan akan mematangkan kita semua.Terima kasih semua...












 






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan