Rabu, 28 Mei 2014

PERTANDINGAN MINDA KREATIF

           Dianjurkan oleh PSS dengan kerjasama Unit PARADIGMA BRASS. Bertujuan mencungkil bakat murid dalam menghasilkan buku skrap berkenaan tokoh dan menghasilkan karya seperti rencana, fiksyen, puisi dan karikatur.
         Karya pemenang akan disimpan di PSS dan boleh menjadi rujukan kepada warga sekolah. Karya terpilih akan dimuatkan dalam majalah PARADIGMA.



Khamis, 17 April 2014

Selamat Datang ke PSS BRASS

       Syukur alhamdulillah akhirnya PSS BRASS berjaya mewujudkan blog sendiri. Blog ini bertujuan untuk meletakkan segala maklumat yang berkaitan dengan PSS.Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn Zarina Bt Aziz kerana  sudi berkongsi ilmu dan banyak membantu dalam merealisasikan blog PSS BRASS.

Rabu, 12 Mac 2014

GALERI ILMU 2014


        Galeri Ilmu yang diwujudkan pada awal tahun 2013 diberi wajah baru pada tahun 2014. Banjir yang melanda pada penghujung tahun 2013 menyebabkan sudut ini menjadi kusam dan tidak ceria. Sehubungan itu, PSS dengan kerjasama Puan Noor Aida Bt Abdul Latif dan dibantu oleh murid tingkatan 3 dan tingkatan 5 berganding bahu melakukan kerja-kerja mengecat. Alhamdulillah...hasil kerjasama, kerja susah menjadi mudah. Terima kasih semua...